400,000 pelancong kunjungi Langkawi hingga hujung tahun ini - Utusan Malaysia

400,000 pelancong kunjungi Langkawi hingga hujung tahun ini

PELANCONGAN domestik semakin meningkat. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menjangkakan seramai 400,000 pelancongan mengunjungi pulau peranginan ini selepas pelaksanaan gelembung pelancongan bermula pada 16 September ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nasaruddin Abdul Muttalib berkata, jumlah perbelanjaan pelancong terbabit dalam tempoh itu pula dianggarkan RM165 juta.

“Berdasarkan kajian yang dibuat bersama USM (Universiti Sains Malaysia), purata perbelanjaan setiap pengunjung kira-kira RM412 sehari,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, dalam tempoh dua minggu pertama ini, LADA  menjangkakan seramai 30,000 pelancong berkunjung di pulau peranginan ini.

Sementara itu, katanya, LADA pula menyasarkan  seramai 200,000 dalam tempoh sebulan sahaja pada  Disember ini.

“Jumlah itu adalah angka sederhana yang disasarkan setelah kerajaan melaksanakan projek rintis gelembung pelancongan di pulau ini,” ujarnya.

Jelasnya, pelancong tersebut akan  berkunjung di pulau ini secara berperingkat melalui perkhidmatan feri bermula sebanyak tiga trip sehari dari Terminal Feri Kuala Perlis, Perlis bermula Khamis ini.

Selain itu, tambahnya, perkhidmatan feri itu akan ditambah dengan pembukaan semula Terminal Feri Kuala Kedah sebaik sahaja tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) bagi dua zon di Mukim Kuala Kedah dijadualkan berakhir pada 19 September

Selain itu, tambahnya, sebanyak lima penerbangan pula dari  Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang  dan  Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor.

“Jumlah trip feri tersebut akan ditambah secara berperingkat sehingga 10 trip sehari manakala

penerbangan pula sebanyak 15 trip,” katanya. UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN