Tun M kesal gagal patuh SOP ketika berhimpun semalam - Utusan Malaysia

Tun M kesal gagal patuh SOP ketika berhimpun semalam

DR. Mahathir Mohamad (dua dari kanan) berucap ketika bersama ahli-ahli Parlimen berkumpul di Dataran Merdeka sebelum  berarak ke Bangunan Parlimen meskipun Sidang Khas Dewan Rakyat ditangguhkan semalam. Turut kelihatan sama, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua dari kiri)  dan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng (kanan). - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan rasa kesal kerana gagal mematuhi prosedur oeprasi standard (SOP) yang ditetapkan semasa perarakan ke bangunan Parlimen, semalam.

Katanya, pada awalnya pihaknya hanya mahu menunjukkan sokongan kepada perarakan itu menerusi kehadirannya dari dalam kereta. 

“Bagaimanapun, syarahan-syarahan yang diberikan (oleh pemimpin pembangkang) pada masa itu menyebabkan turut berkeinginan untuk turut serta,”  katanya dalam perbincangan eksklusif secara dalam talian, hari ini. 

Beliau berkata demikian apabila mengulas dua kaedah yang diperlukan untuk pihak kerajaan bagi menangani Covid-19 iaitu penjarakan dan proses vaksinasi. 

Terdahulu, ahli-ahli Parlimen Pembangkang cuba berarak ke bangunan Parlimen yang bermula dari Dataran Merdeka meskipun Sidang Khas Dewan Rakyat ditangguh. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN