Tarikan sokongan UMNO satu kelegaan - Azis Jamman - Utusan Malaysia

Tarikan sokongan UMNO satu kelegaan – Azis Jamman

MOHD. AZIS JAMMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Wira Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Mohd. Azis Jamman berkata, tarikan sokongan UMNO terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai satu kelegaan dan sudah tiba masanya untuk berlaku peralihan kerajaan.

“Ini urusan ‘rumah tangga’ PN yang sudah gagal dan tidak mampu untuk diselesaikan lagi. Kalau benar kerajaan tidak gagal, buat apa UMNO menarik sokongannya?

“Siapapun yang jadi kerajaan selepas ini, biarlah semua pucuk pimpinan parti di negara ini melihat (siapa yang layak mentadbir negara) dan sudah tentu agenda utama adalah keluar dari pandemik Covid-19,” katanya ketika dihubungi hari ini.

UMNO petang tadi dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO mengambil berpendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak akan mempertahan Kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau akan mempersembahkan surat akuan kepada Seri Paduka bagi menzahirkan penarikan sokongan kepada Muhyiddin dan Kerajaan PN. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya