KUALA LANGAT: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen), Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak akan meletakkan jawatan walaupun berhadapan kritikan teruk berhubung makluman pembatalan Ordinan Darurat dalam Parlimen pada 26 Julai lalu. Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, Setiausaha Agung Pas itu juga dilaporkan tidak akan ditukarkan portfolio dalam Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional (PN). “Beliau kekal sebagai Menteri Insya Allah dan kita buat…










