Syed Saddiq dakwa diajak sokong PN sebelum didakwa - Utusan Malaysia

Syed Saddiq dakwa diajak sokong PN sebelum didakwa

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa beliau didatangi Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Faysal Wan Ahmad Kamal sehari sebelum pendakwaan terhadapnya dibuat di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 22 Julai lalu.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata, kehadiran Wan Ahmad Faysal bertujuan untuk memujuknya agar kembali menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Jika benar saya mencuri duit milik parti seperti yang didakwa, mengapa mereka mengajak saya untuk kembali semula, kalau dah curi kenapa nak kekalkan saya.

“Media boleh tanya kepada dia berhubung perkara ini dan jika dia menafikannya, akan ada tindakan susulan (daripada pihak saya),” katanya semasa ditemui di pekarangan Mahkamah Johor Bahru di sini hari ini.

Terdahulu, beliau membuat pengakuan tidak bersalah terhadap dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen  atas dakwaan terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram.

Menurut Syed Saddiq, lazimnya jika seseorang individu mahu mencuri, mereka akan melakukannya menggunakan duit kementerian.

“Ketika saya berkhidmat dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), masih terdapat kira-kira RM2 bilion, satu sen pun tidak pergi kepada saya.

“Mereka kembali semula kepada tahun 2018, sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) berlaku untuk kata itu duit parti walaupun saya kata berlainan,” jelasnya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya