Sepanyol, Brazil berentap rebut pingat emas Olimpik - Utusan Malaysia

Sepanyol, Brazil berentap rebut pingat emas Olimpik

MARCO Asensio meraikan jaringan kemenangan ketika membantu Sepanyol menewaskan Jepun dalam aksi separuh akhir bola sepak lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Pemain sayap Real Madrid Marco Asensio muncul wira Sepanyol apabila menjaring gol kemenangan pada minit ke-116 untuk membawa negaranya mara ke perlawanan akhir acara bola sepak lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Kemenangan 1-0 Sepanyol ke atas Jepun dalam aksi separuh akhir di Stadium Saitama, sebentar tadi  menyaksikan skuad La Roja itu menempah pertemuan dengan juara bertahan Brazil di final bola sepak lelaki bagi perebutan pingat emas.

Sepanyol mara ke final kali pertama sejak menang perak di Olimpik Sydney 2000.

Tuan rumah beraksi baik pada penentuan separuh akhir itu apabila begitu berdisiplin ketika bertahan dan mencari peluang menerusi serangan balas pantas namun gagal membolosi benteng Sepanyol.

Jepun akan menentang Mexico pada perlawanan merebut gangsa, Jumaat ini selepas Mexico tewas 1-4 kepada Brazil menerusi penentuan sepakan penalti berikutan aksi 120 minit tanpa jaringan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN