70 peratus pengguna BNPL tiada kemudahan kredit

70 peratus pengguna BNPL tiada kemudahan kredit

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kira-kira 70 peratus pengguna skim Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) tidak mempunyai  kredit pinjaman selain kemudahan tersebut. 

Ketua Pegawai Eksekutif ShopeePay, Alain Yee berkata, angka tersebut diperoleh berdasarkan kajian yang dilakukan Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna (CCOB)  sebelum ini,  sekali gus menjadikan skim berkenaan  secara asasnya penyelesaian kewangan alternatif yang disifatkan praktikal.

Katanya, skim berkenaan secara tidak langsung dapat mengelakkan pengguna meminjam daripada penyedia pinjaman yang tidak berlesen. 

“Sebelum ini ramai dalam kalangan peminjam meminjam dengan rakan-rakan, saudara mara atau syarikat peminjam tidak berlesen. 

“Namun,  pada zaman sekarang sudah ramai yang membuat pinjaman dengan platform yang lebih formal termasuk skim BNPL ia dapat membantu pengguna yang rata-ratanya membeli barangan kemudahan asas, “katanya dalam forum di Sasana Symposium 2025 hari ini. 

Menurut Alain lagi,  pihaknya akan memastikan setiap peminjam BNPL bertanggungjawab terhadap setiap pinjaman yang dilakukan dengan tiga teras.

“Kita akan membenarkan peminjam menggunakan skim ini dalam jumlah sikit sebagai permulaan dan dalam masa yang sama melihat kepada sikap mereka sama ada culas membuat pembayaran atau tidak. 

“Kemudian barulah kita akan menaikkan jumlah pinjaman mereka selepas itu. Ini berbeza dengan pinjaman kredit kad. Malah kadar bayaran balik pinjaman juga lebih baik”ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN