Selangor rekod kematian tertinggi 110 kes - Utusan Malaysia

Selangor rekod kematian tertinggi 110 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Selangor terus menjadi penyumbang tertinggi daripada 285 kes kematian Covid-19 iaitu 110 kes diikuti Johor sebanyak 50 kes dan Sabah 46 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 22 kes pula dicatatkan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang (16), Perak (lapan), masing-masing tujuh kes di Terengganu dan Kelantan, lima di Kedah, masing-masing empat di Negeri Sembilan dan Pahang serta masing-masing dua kes di Perlis, Melaka dan Sarawak.

 “Kematian melibatkan 148 lelaki dan 137 perempuan dengan 45 warga asing manakala 51 orang termasuk 21 warga asing adalah mereka yang meninggal dunia di rumah sebelum dibawa ke hospital untuk tindakan susulan.

“Selain itu, seramai 205 kematian daripada jumlah keseluruhan hari ini, adalah mereka yang mempunyai pelbagai latar belakang penyakit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, tempat kerja mencatatkan jumlah kluster Covid-19 terbanyak iaitu 20 kluster daripada jumlah keseluruhan 26 kluster, diikuti lima kluster komuniti dan satu kluster pendidikan lain.

Beliau berkata, Johor menjadi penyumbang terbesar kluster tempat kerja iaitu enam kluster, empat di Selangor, tiga di Perak, dua di Kelantan manakala Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Sarawak, masing-masing satu kluster.

“Kluster komuniti pula melibatkan tiga di Kelantan dan dua di Sarawak manakala kluster pendidikan lain, satu di Selangor,” katanya.

Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 20,579 kes berbanding semalam, 22,597 kes  sekali gus diatasi kes sembuh iaitu 20,845 kes dengan 1,009 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 477 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 267,997 kes aktif. 

Katanya, Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 4,591 kes diikuti Sabah (2,578), Sarawak (2,522), Johor (1,852), Kedah (1,755), Pulau Pinang (1,378), Kelantan (1,316) dan Perak (1,208). 

“Lima negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Pahang (839), Terengganu (789), Kuala Lumpur (680), Melaka (636) dan Negeri Sembilan (329). 

“Perlis pula mencatatkan 56 kes dan Putrajaya, 48 kes manakala Labuan hanya dua kes,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN