Sejam kuota 3,000 vaksin habis licin - Utusan Malaysia

Sejam kuota 3,000 vaksin habis licin

Warga asing patuh SOP semasa mencuba nasib untuk mendapat suntikan vaksin di PPVIN Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini menjadi tumpuan warga asing yang mencuba nasib untuk mendapatkan vaksin Covid-19 secara walk in.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati semua pengunjung mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Seorang penerima vaksin, Dilla Hashim, 37, berkata, situasi di PPV Bukit Jalil dikawal ketat polis manakala perkhidmatan yang diberikan petugas-petugas memuaskan.

“SOP di sini sangat baik, tiada yang melanggar peraturan,” katanya ketika ditemui semalam.

Nazni Ismail, 45, yang bekerja di syarikat swasta berkata, dia lega kerana telah lengkap dos vaksin dan memberitahu SOP di sini terkawal walaupun dibanjiri warga asing yang ‘walk in’.

Dalam pada itu, pengurus PPV Bukit Jalil, Dr. Yunus Tauhid berkata, semalam adalah hari pertama PPV itu dibuka kepada 3,000 warga asing dan juga warganegara bagi suntikan dos kedua.

Menurut beliau, seawal pukul 7 pagi, warga asing sudah membanjiri pekarangan PPV yang dibuka pukul 8.30 pagi dan beliau dibe­ritahu suntikan vaksin bagi warga asing ditutup sejam selepas itu.
“Warga asing diarah pulang dan diminta datang keesokan hari kerana kuota 3,000 vaksin habis,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya