Polis ambil keterangan Tun M, Mukhriz - Utusan Malaysia

Polis ambil keterangan Tun M, Mukhriz

PEGAWAI polis menaiki kenderaan keluar selepas mengambil Dr. Mahathir Mohamad dan Mukhriz Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Polis hari ini mengambil keterangan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad berkaitan satu siasatan mengenai perhimpunan di Dataran Merdeka pada 2 Ogos lalu.

Menurut peguam yang mewakili bekas Perdana Menteri itu,  Mior Nor Haidir Suhaimi dan Muhammad Rafique Rashid Ali, turut direkod keterangan ialah Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Katanya, seramai empat pegawai polis dari Unit Jenayah Terkelas Bukit Aman hadir di Yayasan  Kepimpinan Perdana, di sini sekitar pukul 2.45 petang hingga 3.30 petang bagi mengambil keterangan Ahli Parlimen Langkawi dan Ahli Parlimen Jerlun itu.

“Siasatan dijalankan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Akta Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Dr. Mahathir dan Mukhriz memberi kerjasama sepenuhnya  dan menyatakan akan menjawab segala pertuduhan apabila hadir di mahkamah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr. Mahathir turut serta dalam perhimpunan membantah penangguhan Mesyuarat Khas Parlimen di Dataran Merdeka di sini, pada Isnin minggu lalu bersama 107 ahli pembangkang berhimpun di Dataran Merdeka bagi bagi tujuan protes terhadap kerajaan berikutan penutupan sesi sidang parlimen.

Dr Mahathir turut menyertai perarakan pembangkang sekitar pukul 10.14 pagi ketika Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menyampaikan ucapan.

Setakat ini, polis memberitahu akan memanggil kesemua individu terlibat yang menyertai perhimpunan berkenaan. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN