KUANTAN: “Secara jujurnya, saya belum bersedia memulakan sesi persekolahan secara bersemuka pada bulan depan kerana masih trauma kehilangan ayah akibat Covid-19”. Demikian luah pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan, Mohamad Qamil Aqashah Mohd. Nasir, 16, yang kehilangan bapanya, Mohd. Nasir Ismail, 54, pada 9 Julai lalu. Bapanya disahkan positif Covid-19 pada 24 Jun lalu. Bercakap kepada Utusan Malaysia, anak kedua daripada lima beradik itu berkata, dia perlu membuat persediaan…










