Muhyiddin tiba di Pejabat Perdana Menteri - Utusan Malaysia

Muhyiddin tiba di Pejabat Perdana Menteri

MUHYIDDIN Yassin ketika tiba di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.- UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Kompleks Bangunan Perdana Putra kira-kira pukul 8.07 pagi ini.

Beliau tiba diiringi polis pengiring sebelum memasuki Pintu Protokol, malah sempat menurunkan tingkap dan melambai kepada pengamal media.

Difahamkan, Muhyiddin akan mempengerusikan satu mesyuarat khas Kabinet dengan ahli Jemaah Menteri yang dijadualkan pukul 10 pagi ini.

Semalam, media melaporkan, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md Yusof memaklumkan, Muhyiddin akan menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di sini mendapati, lebih 30 pengamal media berkumpul sejak 7.30 pagi tadi bagi mendapatkan perkembangan terbaharu situasi politik negara.

KENDERAAN membawa Affendi Buang tiba di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya bagi mesyuarat bersama dengan menteri Kabinet. -UTUSAN/FAISOL MUSTAFA

Dalam pada itu, turut dilihat memasuki Kompleks Bangunan Perdana Putra adalah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali; Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Turut tiba di kompleks sama ialah Peguam Negara Tan Sri Idris Harun. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN