Muhyiddin diterima menghadap Agong - Utusan Malaysia

Muhyiddin diterima menghadap Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan beliau diterima panggil menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk Mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara hari ini.

Menurut Perdana Menteri, Mesyuarat pra-Kabinet adalah aktiviti mingguan beliau bagi menyembah maklum, berbincang dan mendengar pandangan Seri Paduka berhubung urusan serta isu-isu berkaitan Kerajaan.

“Usai sesi menghadap, saya kemudian mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Beliau juga memuat naik dua keping gambar bersama Seri Paduka dalam Facebooknya.

Sebelum itu, Perdana Menteri tiba dengan kenderaan membawa beliau yang diiringi polis pengiring dilihat memasuki pintu satu Istana Negara sekitar pukul 10.53 pagi.

Selesai menghadap baginda, Muhyiddin dijadual ke pejabatnya di Putrajaya untuk mempengerusikan mesyuarat Kabinet.

Sewaktu perutusan khas hari ini, Muhyiddin memaklumkan beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk menyembah maklum bahawa dirinya masih mempunyai majoriti dan akan kekal memegang jawatan Perdana Menteri.

Muhyiddin juga menjelaskan beliau bersedia untuk melalui usul undi percaya dalam persidangan Parlimen yang dijangka diadakan pada September ini dan perkara itu diperkenan oleh Seri Paduka. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN