GEORGETOWN: Cadangan supaya tugu bertulis di Padang Kota Lama di sini pernah disuarakan pelbagai pihak termasuk Persatuan Sejarah dan Peradaban Pulau Pinang (Peradaban). Yang Dipertuanya, Datuk Abdul Kader Md. Ali berkata, pihaknya kecewa kerana sehingga kini, tiada usaha daripada kerajaan negeri membina tugu peringatan bertulis mengenai sejarah Padang Kota Lama itu. Katanya, pihaknya bimbang lama-kelamaan, sejarah Padang Kota Lama yang menjadi lokasi upacara menurunkan bendera Union Jack sebelum negara mencapai…










