TELUK INTAN: Peristiwa Perang Sabil di Sungai Manik pada tahun 1940-an terus segar dalam ingatan penduduk di sini kerana orang Melayu ketika itu hanya menggunakan parang menentang komunis yang bersenjatakan senapang. Peristiwa itu berlaku ketika komunis Bintang Tiga menguasai negara selepas tentera Jepun berundur dari Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Perang penduduk ke atas komunis yang dikenali Perang Sabil Sungai Manik dikaitkan kehandalan dan kehebatan ilmu kebatinan suku Melayu…