MBK daftar 11,000 peniaga terima vaksin  - Utusan Malaysia

MBK daftar 11,000 peniaga terima vaksin 

HAMDAN Hussin (empat, kanan) mengagihkan Jalur Gemilang kepada peniaga di tapak niaga di Sungai Isap di Kuantan pada 28 Ogos 2021. - FOTO/DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kira-kira 11,000 peniaga dan penjaja di daerah ini bakal menerima suntikan vaksin Covid-19 melalui Program Mobalisasi Vaksin Komuniti (MOVAK)  dikelolakan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), Datuk Hamdan Hussin berkata, pihaknya selesai membuat penyerahan senarai nama penerima vaksin. 

Menurut beliau, pihak MBK mengambil masa empat bulan untuk mengumpul dan mengemaskini data-data peniaga dan penjaja.

“Sejak empat bulan lalu kita telah mengumpul semua nama-nama ini… kita sentiasa memperkemaskan data tersebut dari masa ke masa.

“Ini kerana nama-nama yang kita kumpul itu ada juga sebahagiannya telah berdaftar dengan MySejahtera dan ada dalam kalangan mereka sudah dipanggil menerima vaksin.

“Perkara ini tidak menjadi masalah kepada kami kerana melalui rekod MySejahtera itu kita akan buat susunan semula untuk meneliti tiada pertindihan,” kata beliau selepas Program Penyampaian Jalur Gemilang dan Bakul Makanan kepada peniaga di tapak niaga Sungai Isap di sini hari ini.

Hamdan berkata, berdasarkan maklumat yang dikemaskini, kira-kira 10 peratus peniaga dan penjaja sudah menerima vaksin masing-masing.

Antara mereka dalam senarai pendaftaran menerima vaksin ialah peniaga, penjaja di semua pasar-pasar awam, pasar tani, pasar pagi dan car boot sales. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN