PETALING JAYA: Hubungan UMNO dan Pas dalam Muafakat Nasional (MN) yang terjalin sejak dua tahun lalu sukar diselamatkan berdasarkan situasi politik semasa dalam negara. Jalinan kerjasama yang dimeterai pada 14 September 2019 itu menjadi rumit berikutan keputusan UMNO menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang turut disertai Pas. Pas turut menyifatkan tindakan UMNO yang menarik sokongan terhadap Kerajaan PN tidak selari dengan semangat penyatuan ummah seperti yang termaktub dalam…










