Lelaki Rohingya dituduh rasuah Maritim Malaysia - Utusan Malaysia

Lelaki Rohingya dituduh rasuah Maritim Malaysia

NOOR Kalam Soyut Alam yang dituduh merasuah pegawai Maritim Malaysia dibawa ke Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini. - UTUSAN/MOHD. RAFIE AZIMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Lelaki Rohingya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merasuah pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), tahun lalu.

Noor Kalam Soyut Alam, 26,  mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim, Harmi Thamri Mohamad.

Mengikut kertas pertuduhan, Noor Kalam didakwa memberi wang berjumlah RM7,000 kepada seorang Pegawai Kanan Penguatkuasaan Maritim Malaysia Kedah/Perlis sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap penyeludupan seramai 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) Rohingya melalui jalan laut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh yang juga pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di sebuah restoran makanan laut di Padang Mat Sirat, Langkawi pada 21 Julai 2020.

Pertuduhan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah, Mohd. Zulfadli Azharudin mengikut Seksyen 16 (b)(B) Akta SPRM 2009.

Jika sabit kesalahan, tertuduh yang tidak diwakili peguam boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Mahkamah mengarahkan tertuduh melantik peguam dan menetapkan 2 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya