Lelaki kejang di puncak bukit diselamatkan - Utusan Malaysia

Lelaki kejang di puncak bukit diselamatkan

ANGGOTA bomba membawa turun lelaki yang mengalami kekejangan kaki di puncak Bukit Ungku Busu, Lumut, Peraj.  - IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT:  Seorang lelaki yang mengalami kecederaan ketika mendaki Bukit Ungku Busu di sini petang semalam, terpaksa diusung turun malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.54 petang memaklumkan terdapat seorang lelaki berusia 20 tahun terkandas di atas bukit setinggi 250 meter itu.

“Bomba dimaklumkan terdapat dua orang melakukan aktiviti pendakian bukit itu petang semalam dengan seorang daripadanya mengalami kekejangan pada kakinya ketika berada di puncak bukit,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Manjung kemudian ke lokasi kejadian dan menemukan dua lelaki dengan seorang daripadanya mengalami kecederaan.

Beliau memaklumkan anggota pasukan itu memberi rawatan awal kemudian menggunakan pengusung bagi membawa turun mangsa sehingga ke kaki bukit tersebut.

Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak perubatan Jabatan Kesihatan Daerah untuk tindakan lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN