Lelaki ditemukan mati tepi kereta positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Lelaki ditemukan mati tepi kereta positif Covid-19

KEADAAN mayat seorang lelaki yang ditemui mati di tepi sebuah kereta berhadapan kedai dobi di Taman Tunku Hamimah, Sungai Petani hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki yang ditemukan mati di tepi sebuah kereta berhadapan kedai dobi di Taman Tunku Hamimah di sini hari ini disahkan positif Covid-19.

Mohd. Shahir Shafie, 38, dari Taman Baiduri di sini dijumpai dalam keadaan tertiarap dan tidak sedarkan diri di tepi kereta Perodua Kancil oleh pekerja syarikat pembersihan pada pukul 8.50 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abdul Rahman berkata, pekerja syarikat pembersihan yang menyapu sampah di kawasan itu sebelum itu ternampak mangsa berjalan kaki menuju ke hadapan kedai dobi tersebut.

“Mangsa tiba-tiba rebah di tepi kereta dan terus tidak sedarkan diri sebelum pekerja terbabit menghubungi Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) bagi mendapatkan bantuan,” katanya di sini hari ini.

Menurut  beliau, mangsa disahkan  meninggal dunia dan mayat lelaki terbabit dibawa ke HSAH untuk tindakan lanjut.

“Hasil ujian saringan mendapati mangsa positif Covid-19 dan bedah siasat dijangka dilakukan pada esok,” ujarnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya