Lambakan durian Kelantan dibuat tempoyak - Utusan Malaysia

Lambakan durian Kelantan dibuat tempoyak

WAN Nora (kanan) menunjukkan durian yang dikumpul sebelum dijadikan tempoyak di Pusat Pemprosesan Durian Pejabat FAMA Machang hari ini. - UTUSAN/ROSALWAN CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kelantan memproses lima tan metrik durian setiap hari untuk dijadikan tempoyak dan pes bagi mengelak lambakan buah itu di negeri ini.

Pengarah FAMA Kelantan, Wan Nora Wan Ahmad berkata, kerja memproses raja buah itu dijalankan di Pusat Pemprosesan Durian di Pejabat FAMA Machang di sini.

“Bekalan diambil dari empat kawasan yang sering berlaku lambakan  iaitu Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Pasir Puteh. Kita beli dengan harga purata RM2 hingga RM2.50 sekilogram.

“Bermula 22 Julai lalu sehingga semalam, sebanyak 70 tan metrik durian bernilai RM175,000 sudah diproses oleh FAMA Kelantan,” katanya selepas melakukan tinjauan di Pusat Pemprosesan Durian tersebut di sini hari ini.

Menurut Wan Nora, durian yang dijadikan tempoyak dan pes mendapat permintaan pembeli di Temerloh, Pahang sekali gus memberi manfaat kepada lebih 600 pekebun durian di negeri ini. 

Katanya, selain durian, pusat itu turut memproses nangka dan cempedak menjadi produk sejuk beku

“Buat masa ini, kita menyasarkan untuk memproses sebanyak 100 hingga 150 metrik tan buah-buahan segar bagi mengatasi lebihan pengeluaran dengan anggaran belian RM375,000,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya