KUALA LUMPUR: Kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, di sini sekali lagi menjadi tumpuan petugas media berikutan perkembangan terkini yang berlaku dalam politik negara.
Mereka menunggu di luar kediaman berkenaan bagi mendapatkan maklumat terkini selepas UMNO hari ini memilih untuk mengambil pendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak akan mempertahan Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin. – UTUSAN ONLINE










