LONDON: Harry Kane dilaporkan akan kembali menjalani latihan bersama Tottenham, lewat minggu ini meskipun terdapat usaha untuk dia menyertai Juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City.
Kane dijadualkan meyertai Spurs, semalam untuk menjalani ujian pengesanan Covid-19 dan kecergasan selepas bercuti selama tiga minggu di Bahamas kerana tugasa Euro 2020 bersama England tetapi dia tidak hadir.
Tottenham yang akan bertemu skuad Pep Guardiola pada aksi pembukaan enggan mengulas mengenai kejadian itu.
Kane mendedahkan kepada umum bahawa dia mahu meninggalkan Spurs pada penghujung musim lalu.
Dia dikatakan semakin bosan dengan kelab itu yang gagal memenangi sebarang trofi sejak 2008 dan kali terakhir tewas kepada City dalam aksi Piala Liga.
Kane bagaimanapun percaya, ‘perjanjian budiman’ yang dibuat akan menyaksikan Tottenham membenarkan dia berhijrah tahun ini.-AFP










