Hampir 3 juta suri rumah bakal terima manfaat SKSSR - Utusan Malaysia

Hampir 3 juta suri rumah bakal terima manfaat SKSSR

M. SARAVANAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 2.99 juta golongan suri rumah di negara ini dijangka memperoleh manfaat  pelaksanaan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) pada tahun hadapan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan dalam satu kenyataan berkata, seramai 150,000 suri rumah daripada isi rumah miskin dan di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) dilindungi menerusi skim berkenaan manakala penyertaan adalah secara sukarela bagi suri rumah lain.

Beliau berkata, buat masa ini, draf Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Suri Rumah sedang diperhalusi bersama Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Jabatan Peguam Negara sebelum mendapat kelulusan Jemaah Menteri untuk pembentangan di Parlimen dalam masa terdekat.

“Perlindungan keselamatan sosial ini perlu bagi menjaga kebajikan dan kesejahteraan suri rumah memandangkan fungsi dan tugas mereka amat penting dalam institusi kekeluargaan dan pembangunan negara.

“Lebih-lebih lagi dalam pandemik Covid-19 yang membuatkan peranan serta tanggungjawab mereka semakin mencabar dengan amalan norma baharu seperti bekerja dari rumah (BDR) dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran anak-anak di rumah (PdPR),” katanya hari ini.

Menurut beliau, SKSSR yang wajar dijadikan agenda keselamatan sosial akan menyediakan perlindungan terhadap bencana domestik seperti kemalangan, penyakit ataupun kematian.

“Ia sebagai penggantian produktiviti kepada golongan suri rumah yang tidak mempunyai apa-apa perlindungan sekiranya mereka terlibat dalam bencana domestik atau mengalami keilatan yang mana sumbangan mereka mempunyai nilai ekonomi dalam pembangunan institusi kekeluargaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya