Digitalisasi kemestian bagi perniagaan maju ke hadapan - Utusan Malaysia

Digitalisasi kemestian bagi perniagaan maju ke hadapan

DULU program dijalankan di dalam dewan, kini dibawakan Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 - Solusi Bisnes & Pemasaran Digital terus ke rumah anda.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Perniagaan mesti menerapkan digitalisasi dalam pengoperasian mereka agar dapat beradaptasi dengan keadaan pandemik yang mengubah tabiat dan gaya hidup manusia masa kini.

Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn. Bhd., Radz Mohd. berkata, langkah tersebut sangat penting untuk memastikan perniagaan kekal relevan dan mampu berdaya saing.

“Perniagaan tidak dapat terus berada pada keadaan sama seperti sebelum ini dengan tabiat orang ramai berubah yang mana sudah membiasakan diri dengan penggunaan dalam talian dan teknologi berkaitan.

“Pembelian melalui platform e-dagang, pembayaran tanpa tunai, penggunaan aplikasi super sudah menjadi kebiasaan buat orang ramai yang terbukti daripada peningkatan jumlah jualan dalam talian ketika pandemik ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

RichWorks merupakan syarikat penganjuran seminar dan latihan terbesar negara yang telah melatih dan membimbing lebih 800,000 peserta secara virtual sejak pandemik pada tahun lalu.

Tambah Radz, landskap perniagaan juga sudah berubah menyebabkan usahawan yang tidak cuba mengadaptasi penggunaan platform dalam talian (online) dan teknologi akan ketinggalan.

“Saya boleh kongsikan contoh seorang anak didik kami, Muhamad Nazrul Nazaruddin, seorang wedding planner terkenal yang sangat terkesan ketika pandemik ini.

“Bagaimanapun, beliau dapat bangkit dan mengubah bisnesnya kepada penghasilan baja organik dengan jenama Bajanas menggunakan teknologi dan platform digital bagi mengembangkan bisnes dalam masa beberapa bulan sahja,” ujarnya.

Jelas Radz, kisah itu hanya satu daripada ramai usahawan di RichWorks yang sudah dan sedang menggunakan platform online serta digitalisasi dalam perniagaan seperti jenama Sabella, Eskayvie, Faith Fleur, Hasnuri, Noir dan banyak lagi.

DATUK Wira Dr. Azizan Osman

“Mentor usahawan & pakar pemasaran No. 1 Asia, Datuk Wira Dr. Azizan Osman menekankan soal digitalisasi ini dan sebenarnya sudah mula menyediakan usahawan-usahawan dalam bimbingan RichWorks sejak 2017 lagi.

“Sebab itu, beliau nak berkongsikan dalam program khas, Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 – Solusi Bisnes & Pemasaran Digital kepada negara dan anggota masyarakat terutama usahawan-usahawan agar dapat bangkit dengan strategi yang betul,” jelasnya.

Radz memberitahu, Azizan telah membimbing dan membantu mentransformasikan kira-kira 700 usahawan hingga mencatat peningkatan jualan keseluruhan RM2.2 bilion tahun lalu dan dari Januari hingga 31 Julai lalu sahaja, mereka sudah mencatatkan nilai jualan sebanyak RM2 bilion.

Sehubungan itu, Radz menjemput orang ramai khususnya usahawan dan mereka yang merancang hendak berniaga untuk hadir dalam program khas pada 27 hingga 29 Ogos ini.

“Program terbaharu ini ditaja sepenuhnya oleh RichWorks, akan bersiaran secara langsung bersama Azizan melalui platform Zoom.

“Beliau terpanggil untuk kongsikan perkara yang sangat penting dalam perniagaan masa ini, mengapa dan bagaimana nak ubah cara perniagaan dengan pemasaran digital untuk bangkit semula,” ujarnya.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, orang ramai boleh layari laman web richworks.com/bangkit/utusan.

– UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya