SEREMBAN: Pihak sekolah dibantu penglibatan anggota masyarakat seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Sarana Sekolah sentiasa mengambil tindakan awal bagi menangani isu tekanan dihadapi pelajar yang terkesan dengan pandemik Covid-19. Yang Dipertua Majlis Guru Kaunseling Negeri Sembilan, Mohd. Salleh Ismail berkata, pihak sekolah, PIBG dan Sarana Sekolah sentiasa berbincang mengenai persediaan untuk pelajar kembali secara bersemuka di sekolah termasuk sekiranya pelajar terbabit terjejas dari segi kewangan keluarga dan…










