Awas pelitup muka tiruan di pasaran - Utusan Malaysia

Awas pelitup muka tiruan di pasaran

ABDUL YUNUS Jamahri (tengah) merasmikan program Mobilasasi Vaksin Komuniti (MOVAK) di SJKC Nam Hua di Tanjung Piandang dekat Parit Buntar hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT BUNTAR: Orang ramai diminta berwaspada berikutan muncul  pelitup muka tiruan berkualiti rendah dijual di pasaran.

Pemakai pelitup muka berkualiti rendah itu didakwa boleh mengakibatkan pengguna mengalami kesukaran bernafas selain tali gelung telinga kasar dan menyakitkan selain  boleh menyebabkan rasa gatal atau lebih serius menyebabkan ruam di muka.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil negeri, Datuk Abdul Yunus Jamahri berkata, pihaknya sentiasa membuat pemantauan penjualan pelitup muka di seluruh negeri.

Menurut beliau,  ini termasuk penjualan dalam talian bagi memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan menjual pelitup tiruan atau yang berkualiti rendah.

“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak mengambil serius dakwaan tersebut dan akan membuat pemantauan di seluruh premis termasuk jualan secara  atas talian.

“Produk tiruan ini boleh mengakibatkan kesukaran bernafas dan boleh menyebabkan pengguna terdedah kepada jangkitan Covid-19,” kata beliau  ketika melawat program Mobilasasi Vaksin Komuniti (MOVAK) di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nam Hua di Tanjung Piandang dekat sini hari ini.

Abdul Yunus memberitahu, penjualan produk tiruan boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 iaitu menggunakan cap dagangan palsu ke atas barangan bagi tujuan perdagangan.

Jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM250,000 dan kesalahan berikutnya didenda tidak melebihi RM500,000 bagi syarikat atau perbadanan.

“Saya harap orang ramai membeli pelitup muka yang menepati sebagaimana yang disyorkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Ia adalah pelitup muka yang mempunyai tiga  lapisan bagi mencegah dijangkiti Covid-19 disamping mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya