Atasi isu kesesakan warga asing di PPV - TPM - Utusan Malaysia

Atasi isu kesesakan warga asing di PPV – TPM

SUASANA di PPV yang kembali terkawal.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu pihak berkuasa mengatasi segera isu kesesakan warga asing di dua lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kuala Lumpur seperti yang tular dalam media sosial hari ini.

ISMAIL SABRI YAAKOB

Beliau mengakui terkejut melihat video yang tular itu termasuk ada yang mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) dan penjarakan sosial.

“Saya terkejut melihat video keadaan di PPV Rumah Prihatin Hotel Grand Seasons dan PPV Bukit Jalil hari ini yang penuh berpusu-pusu sehingga mengabaikan SOP.

“Saya harap pihak penguat kuasa dapat memastikan keadaan pekerja asing bersesak-sesak seperti ini tidak berulang lagi kerana ia boleh menyebabkan penularan wabak,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Katanya, beliau juga akan menghubungi pihak berkaitan serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya kejadian sedemikian dapat ditangani segera.

Hari ini, tular rakaman video mengenai situasi agihan vaksin Covid-19 di PPV Rumah Prihatin Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur yang dikongsi netizen.

Menerusi video itu, ratusan pekerja warga asing mengabaikan SOP termasuk tidak menjaga penjarakan sosial ketika beratur bagi mendapatkan vaksin di PPV berkenaan.

Video berdurasi 5 minit itu yang dimuat naik pemilik asal @bondaumirahtaib turut tular di laman media sosial apabila rata-rata rakyat menyifatkan kejadian seumpama itu menjadi antara penyebab utama peningkatan kes harian Covid-19. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN