TNB lancar Vantage RE LTD, rancak usaha ESG Global  - Utusan Malaysia

TNB lancar Vantage RE LTD, rancak usaha ESG Global 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempertingkat komitmennya dalam usaha berkaitan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) global menerusi pelancaran sebuah syarikat pelaburan dan pengurusan aset tenaga boleh baharu (RE), Vantage RE Ltd (Vantage).

Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Baharin Din berkata, platform terbaharu ini akan mengendalikan aset-aset dalam portfolio RE di United Kingdom dan serata Eropah.

Jelasnya, Vantage menjadi komponen penting dalam perancangan bermatlamat TNB yang berpaksikan kepada amalan ESG dalam perniagaan syarikat utiliti itu.

“Cabang perniagaan RE antarabangsa menjadi keutamaan TNB untuk terus berkembang maju dalam jangka masa panjang. Untuk mencapai aspirasi kami sebagai menjadi pembekal terunggul bagi solusi tenaga mampan di Malaysia dan antarabangsa, kami akan terus melabur dalam jumlah yang besar untuk bidang ini.

“Kami yakin aktiviti ini akan memberi sumbangan secara meluas terhadap penjanaan rendah karbon dan seterusnya merancakkan komitmen TNB terhadap matlamat ESG. Kami memahami kepentingan ESG terhadap para pelabur, selaras dengan nilai dan keutamaan dalam pemilihan pelaburan mereka.

“Kami tidak akan semata-mata melakukan inisiatif hijau tanpa hala tuju yang jelas, kerana kami tahu satu anjakan penting diperlukan untuk memperluaskan dan mendalami laluan kelestarian global,” katanya dalam satu kenyataan.

Sepanjang tempoh empat tahun lalu, TNB berjaya melabur dalam bidang RE di negara itu seb puan kami serta memanfaatkan aset-aset, pengalaman dan keupayaan sedia ada,” tambah beliau.

Berpangkalan di London, Vantage bakal diterajui oleh Ketua Pegawai Eksekutif Vian Davys yang memiliki lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang RE di UK dan antarabangsa.

Dengan sokongan daripada pasukan yang terdiri daripada pekerja tempatan UK di samping warga kerja TNB dari Malaysia, Vantage bersedia untuk berkembang dengan pantas dalam pasaran, selaras dengan kedudukan TNB sebagai penggiat industri tenaga di UK yang berpengalaman dan diyakini.

Menurut Ketua Pegawai Antarabangsa TNB, Shahazwan Harris, pelan pertumbuhan jangka pendek Vantage akan berfokus kepada pengambilalihan Renewable Obligation Certificates (ROCs) tersubsidi dan aset-aset Feed-in-Tariff (FiT) di serata UK dan Ireland.

Pada Mei tahun ini, Vantage berjaya menyempurnakan pengambilalihan tambahan turbin angin darat dengan hasil kontrak di bawah skim FiT, menjadikan jumlah kapasiti tenaga angin syarikat kepada 26.6MW.

Selain aset-aset sedia ada, Vantage juga sedang mengatur langkah untuk pengambilalihan aset-aset beroperasi termasuk aset yang akan diambil alih menerusi pembidaan bersaingan.

 “Langkah ini melakar laluan yang kukuh dan stabil buat Vantage untuk pengambilalihan lebih banyak aset-aset di UK dan Eropah, selain membuktikan kesungguhan TNB untuk mengembangkan perniagaan RE.

“Kami bersedia untuk meneroka peluang bersama rakan kongsi ekuiti yang berminat untuk menyertai pertumbuhan pesat perniagaan antarabangsa kami.

“Kami yakin platform baharu ini memberi usul nilai yang menarik kepada pelabur strategik dan kewangan yang inginkan pendedahan terhadap aset yang memberi kadar hasil yang stabil, selain komitmen terhadap matlamat ESG,” katanya. 

Jejak RE TNB di UK bermula pada 2017 apabila ia melabur dalam Vortex Solar UK Ltd (Vortex), satu pelaburan ekuiti 50% dalam satu daripada platform solar terbesar di UK dengan skim subsidi ROCs.

Pada 2018, portfolio RE TNB di UK semakin berkembang dengan pengambilalihan GVO Wind Ltd dan Bluemerang Capital Ltd. Aset-aset tersebut kini dikendalikan Tenaga Wind Ventures UK Ltd (TWV), sebuah anak syarikat milik penuh TNB yang memegang portfolio angin terbesar di UK.

Pada 2020, TNB melengkapkan pengambilalihan baki 20% pegangan dalam aset tenaga angin TWV menjadikan ia sebagai pemegang saham tunggal, selain tambahan 5% dalam Vortex untuk menjadi pemegang saham majoriti.

Langkah ini dilakukan agar TNB bukan sekadar menjadi pemegang ekuiti malah mampu bertindak mengurus dan mengendalikan perniagaan RE tersebut bagi meningkatkan lagi hala tuju ESG TNB.

Meskipun berdepan dengan pandemik Covid dan kesannya terhadap dunia, aset-aset RE di UK kekal utuh sepanjang tahun dengan menyumbang kepada margin operasi yang kukuh menerusi inisiatif pengurusan aset yang aktif.

Di masa hadapan, Vantage dijangka terus berkembang dan memenuhi potensinya sebagai penggiat RE global, disokong dengan polisi kerajaan yang kondusif, permintaan ESG global yang meningkat dan peralihan kepada RE sebagai sumber tenaga utama. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya