Tempoh pelan Rekalibrasi PATI dilanjut  - Utusan Malaysia

Tempoh pelan Rekalibrasi PATI dilanjut 

SEBAHAGIAN PATI yang ditahan dalam satu operasi di sebuah kawasan pembinaan di Yarra Park, Sungai Petani hari ini. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Kalangan majikan dan warga asing tanpa izin (PATI) disaran merebut peluang mendaftar dalam pelan Rekalibrasi PATI selepas kerajaan melanjutkan tempoh pelaksanaannya sehingga Disember depan.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, langkah itu bagi mengelakkan mereka  berdepan tindakan tegas sekiranya didapati masih degil untuk melakukan kesalahan di bawah imigresen.

Menurutnya, setakat ini sambutan diterima terhadap kedua-dua komponen dalam program tersebut menggalakkan.

Katanya, pelan Rekalibrasi PATI dilaksanakan bermula 16 November 2020 sehingga 30 Jun lalu.

“Bagi program Rekalibrasi Pulang, setakat 8 Julai lalu, bilangan PATI yang membayar kompaun sebanyak RM500 dan pulang ke negara asal adalah 98,333 orang manakala program Rekalibrasi Tenaga Kerja pula, kira-kira 143,000 individu telah mendaftar di laman rasmi JIM.

“Bersandarkan angka itu, kami yakin sasaran untuk mendapatkan sebanyak 250,000 penyertaan bagi kedua-dua program tersebut dapat dicapai. Saya minta semua majikan memanfaatkan program tersebut sementara masih ada waktu,” katanya.

Khairul berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengetuai operasi dijalankan di sebuah kawasan pembinaan di Yarra Park di sini hari ini.

Dalam operasi bermula pukul 12 tengah malam hingga 3 pagi itu, seramai 128 warga asing diperiksa dengan 63 daripadanya ditahan melibatkan warga Indonesia, Bangladesh dan Myanmar.

Operasi itu dijalankan hasil aduan orang ramai mengenai kehadiran warga asing yang didakwa terlalu ramai di kawasan tersebut dan sering kali dilihat berkeliaran di kawasan penempatan penduduk tempatan.

Sementara itu, Khairul Dzaimee berkata, sebanyak 53,194 warga asing telah diperiksa JIM sepanjang tahun ini bermula Januari hingga 8 Julai lalu.

“Mereka yang ditahan berjumlah 5,845 manakala jumlah yang sudah diusir pula seramai 13,127 orang.

“Di Kedah ini pula, setakat 8 Julai lalu JIM telah melakukan sebanyak 155 operasi dengan bilangan yang ditahan seramai 208 orang. Enam majikan ditahan untuk siasatan manakala yang diusir seramai 600 orang,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.