KLANG: Pekerja asing di kawasan Jalan Teratai, Meru di sini tidak mengendahkan larangan keluar rumah atau asrama, walaupun penguat kuasaan dilakukan oleh pengawal keselamatan termasuk polis bantuan syarikat majikan mereka. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, beberapa petugas keselamatan dan anggota polis bantuan kilang berhampiran kawasan itu meningkatkan kawalan, memantau pergerakan dan mengarahkan mereka supaya tidak keluar rumah. Namun, walau ‘dijerkah’, masih terdapat pekerja asing tidak menghiraukan arahan itu dan terus berada…










