PDRM bakal terima 16 dron kawal sempadan - Utusan Malaysia

PDRM bakal terima 16 dron kawal sempadan

MAZLAN LAZIM (tengah) dalam sidang akhbar di IPK Perlis, Kangar, Perlis hari ini.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal menerima 16 set dron berkuasa tinggi yang diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dengan peruntukkan RM48 juta.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, dron yang akan dimanfaatkan oleh Pasukan Gerakan Udara (PGU) itu digunakan untuk meningkatkan kawalan keselamatan terutamanya memantau kawasan sempadan seluruh negara yang tidak berpagar dan lorong-lorong tikus.

Menurut beliau, sejauh 44.55 kilometer kawasan sempadan di negara ini tidak berpagar dan penggunaan dron di kawasan tersebut boleh membantu mencegah aktiviti penyeludupan.

“Kementerian Dalam Negeri kini dalam proses tender bagi memperoleh dron tersebut.  Dron ini diharap dapat membantu pihak berkuasa meningkatkan operasi dan mengesan aktiviti yang berlaku di lorong-lorong tikus.

“Dron ini berkuasa tinggi yang mana ia boleh berada di udara lebih empat jam. Aset ini diyakini dapat membantu mengawal aktiviti penyeludupan di kawasan terbabit,” katanya ketika ditemui selepas membuat lawatan kerja ke sempadan negara Kedah dan  Perlis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis di sini hari ini.

Sementara itu, beliau memberitahu, pihaknya juga bakal menerima sebanyak 175 buah kenderaan pacuan empat roda dalam masa terdekat sekali gus membantu meningkatkan tahap operasi di seluruh negara.

Menurutnya, kenderaan tersebut semestinya dapat membantu melancarkan lagi kawalan anggota yang bertugas di sempadan negara.

“Sementara itu, kita juga akan memperkukuhkan lagi anggota risik yang bertugas di kawasan sempadan dengan melengkapkan mereka  dengan ‘inner bullet proof vest’ sebanyak 1,000 set sebagai perlindungan keselamatan kepada mereka.

“Kerajaan telah meluluskan peruntukkan berjumlah RM5 juta bagi pakaian tersebut, jadi mereka boleh memakai vest tersebut dan dalam masa sama memakai pakaian biasa diluar serta meneruskan kerja risikan.

“Diharapkan selepas ini, pasukan risikan akan lebih aktif untuk mendapatkan maklumat berhubung kegiatan jenayah di sempadan,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya