Nelayan Vietnam tidak pernah serik - Utusan Malaysia

Nelayan Vietnam tidak pernah serik

ANTARA nelayan Vietnam yang ditahan Maritim Malaysia kerana menceroboh perairan negara. – GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Nelayan Vietnam tidak pernah serik walaupun ada segelintirnya sudah berkali-kali ditahan pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan dikenakan hukuman setimpal oleh Kerajaan Malaysia.

Pengarah Maritim Malaysia Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Ramli berkata, golongan itu tidak akan berhenti menangkap ikan secara haram dan tidak terkawal di luar perairan kerana ketandusan sumber perikanan di tanah air sendiri.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, katanya, kekayaan hasil laut Malaysia menjadi faktor penarik nelayan asing itu ke negara ini bagi meraih pendapatan lumayan dan situasi sama turut dihadapi Thailand.

“Vietnam adalah pengeksport hasil laut utama Asia dan jumlah nelayan mereka terlalu ramai dengan dianggarkan hampir 100,000 bot didaftarkan untuk menangkap ikan, jadi mereka sentiasa meneroka perairan negara jiran tanpa serik.

“Bagaimanapun, Maritim Malaysia dapat mengawal kegiatan pencerobohan itu dan rondaan sentiasa dilakukan di perairan negara dengan sekurang-kurangnya dua aset beroperasi di setiap negeri dalam satu masa,” katanya di sini hari ini.

Muhammad Suffi berkata, walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh, aktiviti rondaan dan pemantauan Maritim Malaysia di Pantai Timur terus diperketat dengan kekuatan 11 aset kapal bagi mengawal selia perairan negara. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya