Movak mudahkan penduduk berisiko - Utusan Malaysia

Movak mudahkan penduduk berisiko

AHMAD Farid Osman (tengah) menunggu giliran mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 pada program Movak di Dewan MBPP, Teluk Bahang, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Itu antara reaksi penerima pada program pemberian vaksin Covid-19 bergerak, Mobilisasi Vaksin Komuniti (Movak) di Dewan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Teluk Bahang di sini.

Rata-rata mereka yang terdiri daripada warga emas berusia 60 tahun ke atas dan pesakit sejarah komorbid seperti menghidap tekanan darah tinggi dan kencing manis, penyakit jantung dan obesiti menyifatkan proses vaksinasi di dewan berkenaan berjalan lancar, mudah serta teratur.

Nor Laila Awang, 42, dia yang menemani Che Puan Ishak, 73, bersyukur kerana ibunya itu yang menghidap parkinson dapat menerima vaksin Covid-19 menerusi program Movak di dewan berkenaan yang terletak berhampiran rumah mereka.

“Sebelum ini janji temu ibu saya  di Pusat Kesihatan Jalan Macalister, Georgetown, namun ibu sukar bergerak kerana penyakitnya.

“Kami juga tiada kenderaan, jadi saya terpaksa membatalkan janji temu berkenaan pada awal bulan ini,” katanya ketika ditemui pada program tersebut.

Menurut Nor Laila, ibunya kemudian mendapatkan janji temu baharu menerusi bantuan klinik kesihatan yang memaklumkan menerima vaksin di dewan berkenaan.

“Kami hanya berjalan kaki  ke dewan ini yang terletak bersebelah rumah. Proses penerimaan vaksin juga sangat mudah dan pantas untuk warga emas,” katanya.

Dalam pada itu, seorang pengidap darah tinggi, gout, untut dan kencing manis, Ahmad Farid Osman, 60, berkata, dia tidak mempunyai telefon bimbit dan mendapatkan janji temu vaksin Covid-19 itu di klinik kesihatan Teluk Bahang.

“Anak-anak saya semua tinggal di luar Pulau Pinang, mereka galakkan saya ambil vaksin bagi mengelakkan risiko dijangkit Covid-19,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata, lebih 200 warga emas dan pesakit yang mempunyai sejarah komorbid dibantu mendapatkan vaksin dos pertama menerusi program Movak itu. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN