Malaysia tuntut semua bukti MH17 didedah kepada umum - Utusan Malaysia

Malaysia tuntut semua bukti MH17 didedah kepada umum

Malaysia menegaskan pelaku dalam tragedi pesawat MAS MH17 mesti diheret ke muka pengadilan. - Agensi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia mengulangi pendirian bahawa pelaku yang menembak jatuh pesawat MH17 pada 17 Julai 2014 mesti diheret ke muka pengadilan.

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) menerusi kenyataan akhbar berkata, pendirian itu bukan hanya untuk menegakkan keadilan, tetapi sekurang-kurangnya dapat memberi ketenangan kepada setiap ahli keluarga mangsa tragedi yang kehilangan insan tersayang.

Kata kenyataan itu, Malaysia sentiasa komited dan memberikan sokongan penuh dalam usaha mengheret mereka yang bertanggungjawab atas tragedi menimpa MH17 ke muka pengadilan. 

“Malaysia juga menuntut segala bukti yang ada didedahkan kepada umum dan proses kehakiman dijalankan secara adil serta tidak dipengaruhi apa jua tekanan politik bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan,” katanya.

Tegasnya, Malaysia yakin dan berharap pandemik Covid-19 yang melanda dunia ketika ini tidak menjadi penghalang kepada usaha menegakkan keadilan bagi membela mangsa-mangsa tragedi penerbangan MH17.

“Doa kita semua sentiasa mengiringi pemergian para mangsa dan mereka yang tersayang. Semoga ahli keluarga dan rakan-rakan mangsa diberi kekuatan serta ketabahan sementara kami meneruskan usaha menuntut keadilan,” ujarnya.

Hari ini merupakan tahun ke-7 tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh dan disahkan terhempas di wilayah Donetsk, Timur Ukraine. 

Tragedi tersebut telah mengorbankan 283 penumpang dan 15 anak kapal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN