Kes Covid-19 di Jakarta semakin menurun - Utusan Malaysia

Kes Covid-19 di Jakarta semakin menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Jakarta dilaporkan semakin menurun dan dengan kapasiti hospital semakin pulih.

Jakarta yang menempatkan kira-kira 10 juta penduduk menjadi titik pusat penularan jangkitan Covid-19, menyaksikan semua hospital sesak dan orang ramai beratur mendapatkan bekalan oksigen.

Namun, kes jangkitan di bandar ini mula menurun dari 14,619 kes pada 12 Julai lalu kepada 2,622 kelmarin.

Gabenor Jakarta, Anies Beswedan berkata situasi di bandar ini sudah mula berubah.

“Jika sebelum ini keadaan amat sesak di hospital, kini situasi semakin pulih, semakin banyak katil kosong di hospital,” katanya.

Data pihak berkuasa Jakarta sebelum ini menunjukkan peratus penduduk yang disahkan positif Covid-19 turun hampir separuh iaitu 31.2 peratus pada tengah bulan lalu kepada 15.9 peratus kelmarin.

Kadar penggunaan katil di semua hospital di bandar ini juga menurun dari 90 peratus kepada 73 peratus. – REUTERS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya