Kerajaan galak penglibatan NGO dalam PICK - Utusan Malaysia

Kerajaan galak penglibatan NGO dalam PICK

DR. Adham Baba ketika membuat lawatan bagi melihat persediaan pembukaan PPV Integrasi dan simulasi pengoperasian di Dewan Serbaguna Taman Nusantara, Gelang Patah di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kementerian Kesihatan menggalakkan penglibatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan kesihatan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi meningkatkan kapasiti vaksinasi negara.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, mana-mana NGO yang berminat boleh berdaftar dengan Protect Health bermula hari ini secara atas talian bagi memperluaskan program pemberian vaksin.

Menurut beliau, penyertaan NGO  bertumpu kepada golongan yang menghadapi kesukaran untuk hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang membabitkan kumpulan sasar seperti mereka yang tinggal di kawasan luar bandar termasuk di perkampungan Orang Asli.

“Kerajaan bersetuju melibatkan NGO berkaitan dengan kesihatan dalam PICK bagi meningkatkan kapasiti vaksinasi di seluruh negara. Mereka ini akan terlibat dalam program reach out kepada masyarakat,” kata beliau  ketika membuat lawatan ke PPV Integrasi di Dewan Taman Nusantara, Gelang Patah di sini hari ini.

Program Vaksin Bergerak Prihatin Johor yang dijalankan di perumahan Flat Sri Stulang, Johor Bahru hari ini adalah satu-satunya program vaksinasi yang dikendalikan oleh NGO  negeri ini.

Pengarah program, Datuk Azlinda Abd. Latif berkata, pihaknya menyasarkan untuk memberi suntikan vaksinasi kepada seramai 600 orang menerusi program berkenaan.

Sementara itu, ujar Dr. Adham, NGO yang berkaitan kesihatan yang berminat perlu memenuhi keperluan dan kriteria yang ditetapkan pihak kerajaan. 

Katanya, mereka perlu berdaftar dengan Protect Health yang akan memberikan latihan dan garis panduan selain memantau program reach out yang akan dilaksanakan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.