Empat mat rempit buat aksi bahaya ditahan  - Utusan Malaysia

Empat mat rempit buat aksi bahaya ditahan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Empat mat rempit termasuk dua remaja ditahan polis di di Jalan Kluang-Air Hitam, Batu Pahat, Johor semalam.

Suspek berusia antara 16 hingga 24 tahun itu ditahan dalam Operasi Khas Samseng Jalanan bermula pukul 7.05 malam yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman.

Timbalan Pengarah JSPT Datuk Mohd. Nadzri Hussain berkata, pihaknya mendapati sekumpulan motosikal yang melakukan aksi bersaing sesama sendiri selain melakukan aksi samseng jalanan.

“Mereka juga dilihat menundukkan badan dan melakukan aksi zig-zag yang berbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Nadzri berkata, susulan itu, polis menahan dua suspek di hadapan restoran di Sri Gading  manakala dua lagi suspek ditahan di hadapan rumah masing-masing antara pukul 8.30 malam hingga 9 malam.

Katanya, keempat-empat individu bersama motosikal masing-masing kesemuanya jenis Yamaha 125ZR kemudian dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Batu Pahat untuk tindakan selanjutnya.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan 26 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN