Doktor kontrak sertai mogok disiasat polis - Utusan Malaysia

Doktor kontrak sertai mogok disiasat polis

MOHAMAD ZAINAL ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat mogok melibatkan doktor kontrak yang diadakan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, siasatan  dilakukan mengikut Peraturan 9 dan Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Menurut beliau, polis akan memangil semua yang terlibat dalam mogok itu dalam masa terdekat.

“Kita akan buka kertas siasatan kerana dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tiada sesiapa pun dibenarkan berhimpun atau terlibat dalam apa jua perhimpunan di mana-mana tempat.

“Bagi apa jua maksud sama ada keagamaan, sosial, sukan,perkahwinan atau kebudayaan tanpa mendapat kebenaran Ketua Pengarah kesihatan sepertimana yang terkandung di bawah Peraturan 10 PPPPB(PPN)2021,” katanya di sini hari ini.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meminta doktor kontrak tidak menyertai demonstrasi yang dijadualkan pada Isnin sehingga meninggalkan tanggungjawab terhadap pesakit.

Beliau berkata, tindakan menyertai demonstrasi itu umpama mempertaruhkan nyawa pesakit dan memberi kesan kepada kerjaya doktor kontrak yang terlibat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya