LANGKAWI: Pejabat Tanah Daerah Langkawi akan bertindak terhadap dakwaan penduduk Myanmar terus meneroka tanah dan membina rumah baharu di penempatan haram Bukit Malut, di sini sekiranya ada aduan tentangnya. Pegawai Daerah Langkawi, Saiful Anwar Azmi berkata, beliau memandang serius mengenai dakwaan tersebut dan tindakan diambil selepas menerima aduan rasmi daripada mana-mana pihak. “Setakat ini, saya belum menerima sebarang laporan rasmi daripada mana-mana pihak mengenai pencerobohan tanah dan pembinaan rumah baharu…