Anak syarikat TNB beri pek makanan di PPV - Utusan Malaysia

Anak syarikat TNB beri pek makanan di PPV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bagi menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan, anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyumbang pek makanan di tiga Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di sekitar ibu negara.

Sumbangan tersebut disalurkan menerusi inisiatif tanggungjawab korporat (CR), TNB Power Generation Sdn. Bhd. (TNB Genco).

Menurut kenyataan TNB, syarikat tersebut menyerahkan 150 pek makanan di PPV di Universiti Malaya (UM) pada 9 Julai dan 420 pek di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) pada 14 Julai.

“Satu lagi anak syarikat milik penuh TNB, Allo Technology Sdn Bhd (Allo) pula menyampaikan 80 pek makanan di PPV Stadium Nasional Bukit Jalil pada 16 Julai lalu,” kata kenyataan tersebut hari ini.

Jelas kenyataan itu, inisiatif tersebut juga sebahagian daripada usaha TNB bagi menyokong Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dan menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) di bawah aspek menyelamatkan nyawa.

Tambah kenyataan tersebut, PPV UM menerima 3,000 penerima vaksin sehari manakala PPV MITEC dan Stadium Nasional Bukit Jalil masing-masing menerima 10,000 orang dalam satu-satu hari. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN