PETALING JAYA: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tunku Alizakri Alias telah dilantik sebagai Pengerusi Malaysia Venture Capital Management Berhad (MAVCAP) berkuat kuasa hari ini. MAVCAP dalam satu kenyataan berkata, ahli lembaga pengarah dan pengurusan MAVCAP gembira dengan pelantikan tersebut. Ujarnya, Alizakri mempunyai pengalaman korporat serta kepakaran yang luas selain rekod kejayaan yang terbukti, justeru MAVCAP yakin akan terus maju di bawah kepimpinan beliau. Sementara itu, Alizakri…










