27 premis lagi diarah tutup kerana langgar arahan - Utusan Malaysia

27 premis lagi diarah tutup kerana langgar arahan

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pasukan Task Force Operasi Pematuhan terus bertindak tegas mengarahkan 27 lagi premis meliputi kilang, premis perniagaan, tapak pembinaan dan asrama pekerja di seluruh negara ditutup semalam kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP).

 Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pasukan itu melaksanakan pemeriksaan ke atas 2,798 kilang selain 17,349 premis perniagaan, 727 tapak pembinaan dan 211 asrama pekerja.

Keseluruhannya, ujar beliau, pasukan berkenaan sudah melakukan sejumlah 88,183 pemeriksaan dan serbuan mengejut dengan kekuatan seramai 20,751 anggota dari pelbagai agensi.

 “Kerajaan akan terus mempertingkat penguatkuasaan secara menyeluruh ke atas kilang dan premis perniagaan kerana didapati banyak berlaku pelanggaran arahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 Dalam pada itu, lima pendatang tanpa izin turut ditahan dan empat kenderaan darat disita melalui Operasi Benteng selain menjalankan 1,000 sekatan jalan raya di seluruh negara.

 Beliau juga mengesahkan, empat daripada 38 pekerja asing disahkan positif Covid-19 di seluruh negara semalam. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN