KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengorak langkah setapak ke hadapan dalam melahirkan ramai golongan cerdik pandai Islam dalam kalangan anak tempatan. Usaha mewujudkan Fakulti Pengajian Islam yang dibuka sejak 10 Mei lepas menjadikan UMS sebagai institusi pengajian tinggi awam pertama di Borneo yang menawarkan kursus pengajian Islam. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr. Taufiq Yap Yun Hin berkata, kebergantungan Sabah kepada tenaga pengajar dalam bidang…










