PETALING JAYA: Penahanan ahli PKR, Iswardy Morni yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak seharusnya dikenakan tindakan dengan terburu-buru. Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman menyifatkan dakwaan menghina itu mesti diteliti terlebih dahulu kerana ia mungkin sekadar tohmahan pihak tertentu di media sosial. Menurut beliau, tidak semua perkara boleh dianggap sebagai menghina sebaliknya ia mungkin satu…










