Rugi RM10,600 terpedaya kerja tak  wujud - Utusan Malaysia

Rugi RM10,600 terpedaya kerja tak  wujud

MOHD. WAZIR MOHD. YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BKUANTAN: Akibat terdesak untuk mendapatkan pekerjaan, seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dari Bera dekat sini kerugian RM10,600 selepas terpedaya dengan sindiket pekerjaan tidak wujud. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, ketika melayari Facebook kelmarin, mangsa berusia 23 tahun itu tertarik dengan iklan tawaran kerja. 

Menurut beliau, setelah berurusan dengan ejen dikenali sebagai Jenny, mangsa diminta membuka akaun e-Job sebelum diarahkan membuat pembayaran bagi meningkatkan harga barangan yang akan dijualnya.

“Bagi memberikan keyakinan, mangsa diberikan tiga peratus bagi setiap barangan yang dibeli pelanggan.

“Setelah gelap mata dengan keuntungan yang bakal diperoleh, mangsa bersetuju dan membuat pemindahan wang RM10,600 seperti diarahkan Jenny,” katanya dalam satu kenyataan kepada media di sini hari ini.

Modus operandi suspek  ialah dengan memperdaya mangsa dengan tawaran kerja  tidak wujud di dalam laman sosial.

Mohd. Wazir berkata, setelah bayaran dibuat, Jenny masih  meminta mangsa membuat pembayaran RM10,000 atas alasan sama.

“Namun mangsa yang menyedari telah ditipu, tidak lagi mengikut permintaan suspek Jenny sebaliknya membuat laporan polis,” kata beliau.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN