Polis siasat ‘surat Hishammuddin’ mohon menghadap Agong - Utusan Malaysia

Polis siasat ‘surat Hishammuddin’ mohon menghadap Agong

HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Kuala Lumpur mengesahkan menerima laporan wakil pihak Istana Negara berhubung surat yang kononnya ditulis Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan jumlah sokongan ahli parlimen.

Memetik Bernama, Ketua Polis Kuala Lumpur Azmi Abu Kassim berkata, laporan diterima di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields semalam.

Mengulas lanjut perkara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Anuar Omar, berkata pengadu adalah pegawai Istana Negara membuat laporan selepas menerima kiriman WhatsApp tertera surat menggunakan kepala surat Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) yang juga Menteri Luar.

“Pengadu terima mesej daripada aplikasi WhatsApp mengatakan pihak Istana Negara ada terima surat daripada BN bagi tujuan pembentukan kerajaan Malaysia yang baharu.

“Pengadu kemudian membuat semakan dengan pihak Istana Negara dan mendapati surat itu tidak diterima oleh pihak istana dan mengesyaki cap terima itu adalah palsu,” katanya seperti dilapor Bernama.

Anuar berkata, pihaknya kini menyiasat perkara itu bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Kelmarin, Setiausaha Akhbar Hishammuddin, Mohd Hafiz Ariffin, membuat laporan polis di IPD Dang Wangi berhubung satu surat ditulis kepada Yang di-Pertuan Agong, yang mendakwa Hishammuddin yang juga Bendahari Agung BN mendapat sokongan menjadi Perdana Menteri yang baharu.

Menurut beliau, surat itu palsu dan disebarkan dengan niat untuk memburukkan reputasi Hishammuddin serta mewujudkan kekeliruan orang ramai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN