Pas nafi tujuh ahli Parlimen tinggalkan PN - Utusan Malaysia

Pas nafi tujuh ahli Parlimen tinggalkan PN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pas menafikan khabar angin berlegar-legar bahawa tujuh ahli Parlimennya termasuk Ahli Jawatankuasa parti, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, berita yang tular sejak semalam itu bertujuan memecahbelahkan perpaduan Pas dan hubungan parti dengan komponen PN.

“Saya jawab mudah sahaja, sebab apa tidak sebut 19 ahli Parlimen PAS keluar tidak sokong PN, baru ‘rare’.

“Tujuan fitnah ini tersebar untuk pecah belah di dalam parti Pas dan PN dan untuk menimbulkan keresahan rakyat bahawa kerajaan PN akan jatuh serta mengalih isu masalah dalaman musuh PN.

“Ingat! lepas ini banyak lagi fitnah akan ditularkan. Mereka boleh buat apa sahaja sementara jari masih boleh bergerak untuk buat fitnah. Biar mereka buat sehingga malaikat maut ambil nyawa mereka. Mungkin terlalu banyak makan makanan haram maka ia sanggup buat apa sahaja. Hati sudah keras,” katanya dalam hantaran Facebook beliau hari ini.

Terdahulu tular satu poster mendakwa Nik Mohamad Abdul bersama enam lagi ahli Parlimen Pas akan bertindak keluar daripada PN yang juga disertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Pas. 

Dalam pada itu, Nik Mohamad Abduh yang merupakan ahli Parlimen Pasir Mas dalam Facebooknya mengingatkan orang ramai agar tidak bermain-main dengan fitnah kerana ia memesongkan kebenaran.

“Anda sedang mempermainkan peringatan besar Nabi Muhammad kepada umatnya di akhir zaman. Ia merosakkan hati dan memalingkannya daripada menerima dan mencintai kebenaran,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya