Jangan buat spekulasi mengenai tulisan Ismail Sabri - Azmin - Utusan Malaysia

Jangan buat spekulasi mengenai tulisan Ismail Sabri – Azmin

MOHAMED AZMIN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta semua pihak tidak membuat apa-apa spekulasi berhubung hantaran “saya dah tutup pintu depan tapi…”  oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di media sosial semalam.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin berkata, sebagai satu pasukan semua jemaah menteri sentiasa memberi kerjasama dan sokongan bagi menghapuskan penularan Covid-19.

“Siapa yang buat spekulasi? Jangan buat spekulasi. Datuk Seri Ismail Sabri antara ahli jemaah menteri yang diberi peranan penting  menguruskan  Covid-19.

“Kita ada dua jurucakap, pertama Ismail Sabri untuk isu keselamatan dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah untuk isu kesihatan,” kata beliau dalam Taklimat Media Mengenai Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 di sini hari ini.

Azmin memberi respons  mengenai hantaran dibuat Ismail Sabri yang kemudian mendapat pelbagai reaksi.

Antara reaksi tersebut, ada yang mentafsir ia ada kaitan dengan kebenaran operasi yang diberikan kepada sebahagian besar perkhidmatan perlu dalam sektor perkilangan, meskipun negara kini dalam pelaksanaan total lockdown.

Terdahulu,  Ismail Sabri tampil membuat penjelasan dengan memaklumkan  tulisan dan gambarnya yang dimuat naik di laman sosial tersebut tidak membawa apa-apa maksud.

“Saya nak pulang sudah habis kerja, sebab itu tutup pintu,” katanya ringkas dalam sidang akhbar secara maya sempena Pelancaran Pembinaan Hospital Modular Covid-19 Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di sini hari ini. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya