Isu lebihan doktor: SPA terima calon seperti disyor - Utusan Malaysia

Isu lebihan doktor: SPA terima calon seperti disyor

Coursera mendapati, wujud jurang kemahiran yang signifikan dalam kalangan pelajar Malaysia dalam bidang perniagaan, teknologi dan sains data. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) hanya menerima calon yang mendapat syor dan kelulusan Kementerian Kesihatan untuk diserap sebagai pegawai perkhidmatan perubatan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi SPA, Datuk Seri Zainal Rahim Seman berkata, pihaknya tiada kapasiti untuk menyerap mereka ke dalam perkhidmatan secara tetap atau kontrak.

Menurut beliau, hanya kementerian berkenaan boleh melantik calon yang layak diserap sebagai doktor dan SPA tidak sesekali melewat-lewatkan lantikan setelah menerima syor tersebut.

“Katalah ada syor kementerian berkenaan pelantikan pegawai perubatan, SPA akan meluluskannya dalam masa 24 jam juga. Kalau dahulu memang soal pengambilan dan pelantikan di bawah kuasa SPA tetapi saya memindahkan kuasa tersebut kepada kementerian.

“Biar mereka menjalankan tugas dan mencerakinkan siapa calon yang layak jadi doktor tetap dan kontrak,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Beberapa hari lalu, akhbar ini melaporkan 55 peratus graduan universiti tempatan enggan meneruskan kerjaya mereka dalam bidang profesional termasuk bidang perubatan disebabkan gaji tidak setimpal dan syarat ketat untuk mendapatkan status profesional.

Untuk rekod, 60 peratus atau 3,600 dalam kalangan graduan adalah siswazah perubatan bumiputera namun tidak semua berpeluang dilantik ke dalam perkhidmatan tetap selain siapa lebih layak.

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) pula memaklumkan, pihaknya tidak mempunyai tatacara khusus bagi membantu graduan perubatan kerana keputusan tentang pengambilan dan jumlah yang diperlukan untuk pegawai perubatan diserap ke dalam perkhidmatan terletak kepada SPA.

Mengulas lanjut, Zainal Rahim berkata, pengambilan doktor tetap dan kontrak adalah tertakluk kepada beberapa syarat dan kelayakan iaitu calon sudah berdaftar di bawah Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dan menamatkan latihan klinikal atau housemanship selama dua tahun.

“Kerajaan sebelum ini sudah memutuskan calon-calon yang lulus latihan klinikal akan diserap ke jawatan tetap manakala calon lain walaupun lulus tetapi tidak diserap kerana kekangan jawatan oleh kementerian, maka akan diambil secara kontrak.

“Jika ada jawatan tetap yang kosong atau diluluskan waran perjawatan tetap oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), mereka yang berstatus kontrak akan diserap dan tarikh pelantikan akan dikira pada mulanya pelantikan kontrak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×